Pada 2 Julai hingga 4 Julai 2010, SMK Tun Saban meriah dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk para peserta perkhemahan unit beruniform. Semua unit uniform telah menghantar 30 orang ahli yang menjadikan hampir 300 orang peserta perkhemahan ini. Pendaftaran peserta bermula pada pukul 3.00 petang pada 2 Julai. Pada malamnya, peserta bersuai kenal dengan ahli pasukan masing-masing dalam program ice breaking yang diadakan di Dewan Serbaguna Pengkalan Hulu. Aktiviti diteruskan dengan night walking dengan bantuan dari PDRM dan lain-lain di padang golf yang berakhir pada pukul 1.30 pagi.
Pagi Sabtu bersamaan 3 Julai diceriakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar perempuan 5 Sains Sukan. Jungle tracking dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Pelajar diuji ketahanan mental dan fizikal semasa tiba di stesen-stesen yang ditetapkan. Pada 2.30 petang aktiviti sukaneka diadakan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Sempadan, Kem 303. Malam Kebudayaan ditunggu-tunggu oleh para peserta dan guru. Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu melayu, india, cina, siam, asli dan sebagainya.
Senaman pagi yang dikendalikan oleh pelajar lelaki 5 Sains Sukan dimulakan pada pukul 7.00 pagi hari Ahad. Pada pukul 9.00 pagi latihan kawad kaki, pertandingan memasak dan mengemas tempat perkhemahan diadakan. Majlis penyampaian hadiah dan penutup dimulakan pada pukul 11.45 pagi. Pasukan yang memenangi pertandingan yang diadakan sepanjang program perkhemahan diberikan hadiah. Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta mengakhiri majlis sekaligus program perkhemahan ini.
pertandingan memasak
pertandingan mengemas khemah
No comments:
Post a Comment