Majlis ini melibatkan semua ibu bapa pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pihak sekolah telah menganjurkan majlis ini pada 15 Julai 2010 bagi merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan guru serta membolehkan ibu bapa menandatangani keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak masing-masing. Ibu bapa juga dapat mengetahui prestasi anak-anak dengan berbincang bersama guru kelas serta menjelaskan yuran yang tertunggak. Pada hari tersebut juga, pihak sekolah berkesempatan menyerahkan zakat baitulmal yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Perak kepada ibu bapa pelajar yang terpilih. Majlis ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment