05 July 2010

PELAJAR TUN SABAN KE SUKMA 2010


Dari kiri: Azimah(kelas 5 Sains Sukan), Azira (kelas 3A1), Rahila (bekas pelajar SMKTS), Asumalin (bekas pelajar SMKTS), Ya Zahra (bekas pelajar SMKTS).

SUKMA telah berlangsung pada 8 Jun 2010 hingga 19 Jun 2010 di UITM Lendu. 2 orang pelajar SMKTS iaitu Azimah dan Azira telah terpilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan sepak takraw kategori perempuan di samping bekas pelajar SMKTS. Perlawanan diadakan di Dewan MITC, Melaka iaitu pada 17 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010. Pada 17 Jun 2010 perlawanan Perak vs Terengganu ( 9.00 am ) dan Perak vs Selangor ( 4.00 pm ). Pada 18 Jun 2010 pula perlawanan Perak vs Pulau Pinang ( 10.30 am ) dan Perak telah layak ke separuh akhir bagi menentukan kedudukan gangsa. Pada pukul 4.00 pm, Perak vs Kelantan dan Perak telah memenangi pertandingan tersebut dengan kutipan mata 21-18, 20 - 22, dan 13 - 15. Perak merangkul gangsa dalam pertandingan sepak takraw kategori perempuan. TAHNIAH kepada para peserta yang telah mengharumkan nama Perak sekaligus SMKTS. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. (^_^)

2 comments:

nadeeya hj ahmad said...

waa...trer ang zimah..

hafiz nazir said...

syabas anda semua telah membanggakn pihak sekolah dan keluarga...