30 July 2010

MESYUARAT PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH HULU PERAK

Pada 15 Julai 2010 bilik gerakan SMKTS dipenuhi pengetua dan guru besar daerah Hulu Perak. Mesyuarat bermula pada pukul 9.00 pagi. Pelbagai isu dibincangkan bagi memantapkan lagi pendidikan daerah Hulu Perak. Pihak sekolah berbesar hati di atas kesudian pengetua dan guru besar mengadakan kunjungan dan lawatan ke kelas serta sekitar SMKTS.







MAJLIS TANDATANGAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

Majlis ini melibatkan semua ibu bapa pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 6. Pihak sekolah telah menganjurkan majlis ini pada 15 Julai 2010 bagi merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dengan guru serta membolehkan ibu bapa menandatangani keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak masing-masing. Ibu bapa juga dapat mengetahui prestasi anak-anak dengan berbincang bersama guru kelas serta menjelaskan yuran yang tertunggak. Pada hari tersebut juga, pihak sekolah berkesempatan menyerahkan zakat baitulmal yang disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Perak kepada ibu bapa pelajar yang terpilih. Majlis ini bermula pada pukul 2.00 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

16 July 2010

MALAM KEBUDAYAAN

Kepelbagaian kaum di SMK Tun Saban iaitu melayu, cina, india, asli, siam, dan lain-lain membolehkan warga sekolah mengetahui adat dan budaya yang berbeza. Malam Kebudayaan antara aktiviti yang dilaksanakan untuk memperkenalkan budaya kaum masing-masing serta mencungkil bakat pelajar. Pada 8.00 malam, 3 Julai 2010 dipersembahkan pelbagai persembahan yang mengagumkan oleh pelajar. Pertandingan diadakan bagi menyuntik semangat pelajar untuk melakukan persembahan yang terbaik. Pertandingan dibahagikan kepada 4 kategori iaitu nyanyian solo, nyayian berkumpulan, tarian, dan deklamasi sajak atau syair. Nyayian solo dimenangi oleh Mohd Izham, tarian dimenangi oleh tarian cina, deklamasi sajak dimenangi oleh kumpulan Candy Girl.

Nyanyian







Tarian

Tarian Cina

Gendang Panjang-Siam Tarian Melayu

Tarian India

Tarian Siam

Tarian Cina

Tarian India

Sajak dan syair




08 July 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Pada 2 Julai hingga 4 Julai 2010, SM
K Tun Saban meriah dengan pelbagai aktiviti yang diaturkan untuk para peserta perkhemahan unit beruniform. Semua unit uniform telah menghantar 30 orang ahli yang menjadikan hampir 300 orang peserta perkhemahan ini. Pendaftaran peserta bermula pada pukul 3.00 petang pada 2 Julai. Pada malamnya, peserta bersuai kenal dengan ahli pasukan masing-masing dalam program ice breaking yang diadakan di Dewan Serbaguna Pengkalan Hulu. Aktiviti diteruskan dengan night walking dengan bantuan dari PDRM dan lain-lain di padang golf yang berakhir pada pukul 1.30 pagi.

Pendaftaran peserta dibantu oleh pelajar tingkatan 6

Taklimat oleh kem komanden

Peserta bersedia untuk night walking


Pagi Sabtu bersamaan 3 Julai diceriakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh pelajar perempuan 5 Sains Sukan. Jungle tracking dimulakan pada pukul 9.00 pagi. Pelajar diuji ketahanan mental dan fizikal semasa tiba di stesen-stesen yang ditetapkan. Pada 2.30 petang aktiviti sukaneka diadakan dengan bantuan Angkatan Tentera Malaysia, Rejimen Sempadan, Kem 303. Malam Kebudayaan ditunggu-tunggu oleh para peserta dan guru. Pelbagai persembahan dipersembahkan oleh pelajar yang terdiri dari pelbagai kaum iaitu melayu, india, cina, siam, asli dan sebagainya.

Senamrobik

Stesen terakhir jungle tracking

Persembahan tarian siam pada malam kebudayaan

Senaman pagi yang dikendalikan oleh pelajar lelaki 5 Sains Sukan dimulakan pada pukul 7.00 pagi hari Ahad. Pada pukul 9.00 pagi latihan kawad kaki, pertandingan memasak dan mengemas tempat perkhemahan diadakan. Majlis penyampaian hadiah dan penutup dimulakan pada pukul 11.45 pagi. Pasukan yang memenangi pertandingan yang diadakan sepanjang program perkhemahan diberikan hadiah. Penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta mengakhiri majlis sekaligus program perkhemahan ini.

Pertandingan kawad kaki

pertandingan memasak

pertandingan mengemas khemah

Penyampaian hadiah oleh Pengetua

Penyampaian hadiah oleh PK Kokurikulum

05 July 2010

PELAJAR TUN SABAN KE SUKMA 2010


Dari kiri: Azimah(kelas 5 Sains Sukan), Azira (kelas 3A1), Rahila (bekas pelajar SMKTS), Asumalin (bekas pelajar SMKTS), Ya Zahra (bekas pelajar SMKTS).

SUKMA telah berlangsung pada 8 Jun 2010 hingga 19 Jun 2010 di UITM Lendu. 2 orang pelajar SMKTS iaitu Azimah dan Azira telah terpilih mewakili negeri Perak dalam pertandingan sepak takraw kategori perempuan di samping bekas pelajar SMKTS. Perlawanan diadakan di Dewan MITC, Melaka iaitu pada 17 Jun 2010 hingga 18 Jun 2010. Pada 17 Jun 2010 perlawanan Perak vs Terengganu ( 9.00 am ) dan Perak vs Selangor ( 4.00 pm ). Pada 18 Jun 2010 pula perlawanan Perak vs Pulau Pinang ( 10.30 am ) dan Perak telah layak ke separuh akhir bagi menentukan kedudukan gangsa. Pada pukul 4.00 pm, Perak vs Kelantan dan Perak telah memenangi pertandingan tersebut dengan kutipan mata 21-18, 20 - 22, dan 13 - 15. Perak merangkul gangsa dalam pertandingan sepak takraw kategori perempuan. TAHNIAH kepada para peserta yang telah mengharumkan nama Perak sekaligus SMKTS. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA. (^_^)