28 October 2010


BERUSAHA BERJAYA!!! selamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun bagi pelajar tingkatan 1, 2, 4 dan 6 rendah, SPM, serta STPM,

19 October 2010

JAMUAN PERPADUAN

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar pada 30 September 2010 apabila pihak sekolah mengadakan jamuan perpaduan bagi meraikan warga SMKTS dan ibu bapa pelajar. Para pelajar dan guru menggayakan pakaian tradisi seperti baju kurung, baju kebaya, sari, baju melayu, cheongsam dan sebagainya.

Jamuan dimulakan pada pukul 10 pagi. Pelbagai juadah disediakan seperti laksa, bihun goreng, lontong, nasi impit, lemang, rendang, aiskrim, nasi minyak, capati, agar-agar dan lain-lain. Jamuan ini merupakan kerjasama PIBG.


07 October 2010

PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2010

PERINGKAT ZON/DAERAH

1. Pertandingan Sepak Takraw Zon Pengkalan Hulu
- Naib Johan Zon ( bawah 15 tahun )

2. Pertandingan Bola Jaring Peringkat Zon Pengkalan Hulu
- Naib Johan ( bawah 15 tahun )
- Naib Johan ( bawah 18 tahun )

3. Pertandingan Bola Sepak Peringkat Zon Pengkalan Hulu
- Naib Johan ( bawah 15 tahun )
- tempat Ketiga ( bawah 18 tahun )


4. Pertandingan Sofbol Peringkat Zon Pengkalan Hulu
- Johan ( lelaki bawah 18 tahun )

5. Kejohanan Olahraga MSSD Hulu Perak
- 11 Emas, 8 Perak dan 7 Gangsa
- Johan Keseluruhan ( bawah 18 tahun )

6.
Kejohanan Catur MSSD Hulu Perak
- Johan dan Naib Johan Perempuan ( bawah 18 tahun )
- Naib Johan Perempuan ( bawah 15 tahun )

7. Hari Puteri Islam Peringkat Daerah Hulu Perak
- Johan Pertandingan Penulisan Esei
- Tempat Ketiga Pertandingan Kraftangan
- Tempat Ketiga Pertandingan Pidato

8. Pertandingan Puisi Dan Lagu Sempena Hari Kemerdekaan Daerah Hulu Perak
- Johan Mencipta Lagu
- Johan Nyanyian
- Johan Keseluruhan

PERINGKAT NEGERI

1. Kejohanan Memanah MSSPK
- 9 Emas, 3 Perak dan 5 Gangsa

2. Pertandingan Seni Silat Negeri Perak

- 1 Perak dan 2 Gangsa


PERINGKAT KEBANGSAAN

1. SUKMA
- Tempat Ketiga Sepak Takraw ( Perempuan ) 2 pelajar SMKTS dan 3 bekas pelajar SMKTS ( Atlet Negeri Perak )


Sebahagian pencapaian masih dalam proses kemaskini.


03 October 2010

PERTANDINGAN MEMASAK ST. JOHN AMBULANS

PERTANDINGAN MEMASAK antara ahli ST. JOHN AMBULANS telah diadakan pada 25 September 2010 bertempat di SMK Tun Saban. Semua guru penasihat dan ahli mula berkumpul di sekolah pada awal pagi. Ahli dibahagikan kepada 12 kumpulan. Setiap kumpulan diberikan kayu api, buluh dan bahan asas memasak seperti beras, ayam, ikan serta sayuran. Antara syarat menarik pertandingan ini ialah setiap kumpulan mesti menggunakan buluh untuk memasak nasi dan ikan. Pertandingan dimulakan pada 9 pagi. Semua pelajar bekerjasama bagi menghasilkan makanan yang enak dan menarik bagi memenangi pertandingan. Pertandingan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh pengetua kepada kumpulan 8 yang menjuarai pertandingan ini, kumpulan 2 yang menyandang tempat kedua dan kumpulan 11 yang menyandang tempat ketiga. Kumpulan yang tidak berjaya pula diberikan hadiah saguhati sebagai galakan.




01 October 2010

SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) KEPADA SEMUA PELAJAR TINGKATAN 3 BERMULA 5 OKTOBER 2010..
PUSAT SUMBER


MAKMAL


BILIK SPBT


PADANG


MAKMAL KOMPUTER



BILIK KUALITI


BILIK PENOLONG KANAN


BILIK GIMNASIUM


BILIK GERAKAN