29 April 2009

Pameran Minggu Anti Dadah


Pameran anti dadah diadakan di pusat sumber SMK Tun Saban sempena minggu anti dadah kebangsaan bermula pada Isnin hingga Khamis bersamaan 27 April 2009 hingga 30 April 2009. Pelbagai pendedahan mengenai dadah dipamerkan di ruang legar pusar sumber seperti jenis-jenis dadah, bahaya dadah, kesan penyalahgunaan dadah dan sebagainya. Penayangan video dan penerangan oleh agensi anti dadah kebangsaan turut dilaksanakan. Pengunjung boleh mendapatkan poster secara percuma dan hadiah d bagi pengunjung yang berjaya menjawab soalan kuiz yang disediakan dengan tepat.

SMK Tun Saban


selamat datang ke PSS SMK Tun Saban