09 July 2011

LARIAN 1 MURID, 1 SUKAN, 1 MALAYSIA

Larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia berlangsung pada 2 Julai 2011 yang melibatkan semua pelajar dan guru di Malaysia yang dilaksanakan di daerah masing-masing. Semua pelajar dan guru SMKTS berkumpul di padang sekolah seawal 7.15 pagi untuk acara larian. Pada pukul 7.45 pagi, larian ke Padang Pengkalan Hulu dimulakan. Semua sekolah Zon Pengkalan Hulu berkumpul di padang Pengkalan Hulu pada pukul 8.00 pagi dan kembali semula ke sekolah masing-masing untuk program sukan yang telah diaturkan pihak sekolah.




Padang SMKTS meriah dengan pertandingan futsal dan bola jaring. Bagi pertandingan futsal, sebanyak 8 pasukan yang bertanding dan dijuarai pasukan guru. Pertandingan bola jaring pula melibatkan 8 pasukan dan pasukan Green Ranger telah menjadi juara. Pasukan guru pula menjadi naib juara. Cabutan bertuah kepada pelajar diadakan semasa acara penutup pada pukul 1 petang.


JUARA BOLA JARING


CABUTAN BERTUAH

CABUTAN BERTUAH

No comments: