22 July 2011

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMKTS 2011

Kesibukan guru SMKTS mencungkil bakat pelajar rumah sukan masing-masing bagi kejohanan balapan dan padang, memeriahkan suasana padang SMKTS semenjak awal penggal kedua persekolahan. Bermula dengan latihan rumah sukan, diikuti sukantara, saringan dan kejohanan balapan dan padang. WAJA, WIRA, SATRIA dan PUTRA masing-masing berusaha untuk menjuarai pertandingan.

Kejohanan balapan dan padang SMKTS diadakan pada 16 Julai 2011. Pertandingan khemah berhias mendapat sambutan yang menggalakkan. Pelajar dan guru bertungkus lumus menghias khemah. WAJA telah menarik perhatian juri dengan hiasan yang menarik dan bersih. Pertandingan perbarisan unit uniform pula dimenangi oleh Kadet Remaja Sekolah dan perbarisan rumah sukan dimenangi PUTRA.


Juara Khemah Berhias ( Rumah WAJA )

Juara Perbarisan Rumah Sukan ( Rumah Putra)

Juara Perbarisan Unit Uniform ( Kadet Remaja Sekolah )


Acara diteruskan dengan pertandingan balapan iaitu 100m dan 200m bagi L1, P1, L2,P2,L3,P3. Pertandingan yang sengit dalam acara 4x100m bagi L1, P1, L2(T) dan P2(T). Acara jemputan pula, pihak sekolah telah menjemput sekolah rendah iaitu SK Kuak Luar, SK Bekuai, SJKCEok Kwan, SJKT Keruh, dan SK Kuak Hulu bagi acara 4x200m. Pertandingan lari 8x50m diadakan bagi guru perempuan serta ibu pelajar, manakala guru lelaki bertanding dalam acara 4x100m.

Acara Jemputan ( Sekolah Rendah )

Majlis penutup diadakan pada pukul 12.30 tengah hari dengan penyampaian anugerah olahragawan bawah 15 kepada Mohd Yusuf, olahragawan bawah 18 kepada Mohd Nasrullah, olahragawan harapan kepada Mohd Aidil, olahragawati bawah 15 kepada Renuga Dewi, olahragawati bawah 18 kepada Imara dan olahragawati harapan kepada Hakinah. Juara olahraga dan keseluruhan 2011 dimenangi oleh rumah WAJA.


Olahragawan bawah 18 ( Mohd Nasrullah)

Olahragawan harapan ( Mohd Aidil )

Olahragawati bawah 18 ( Imara )

Olahragawati harapan ( Hakinah )

Juara Keseluruhan (Rumah WAJA)

No comments: