10 June 2010

SEJARAH SMK TUN SABAN

Nama sekolah ini, iaitu Tun Saban telah diambil sempena nama seorang pembesar yang telah mengasaskan sistem beraja di Hulu Perak lebih kurang 400 tahun lalu.

Tun Saban merupakan anak kepada Bendahara Tun Perak (Bendahara Paduka Raja Melaka) yang telah berhijrah ke Hulu Muar. Kemudian, beliau telah berhijrah ke Bentan (seharusnya beliau ke Kampar) dan Sumatera setelah Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 bersama Sultan Mahmud Shah. Seramai 12 ahli keluarga Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Pattani dan kemudiannya ke Belum, sebuah kawasan di Hulu Perak lalu membuka kampung yang diberi nama Rilap Reli, seterusnya pemerintahan di Hulu Perak juga telah diasaskan oleh Tun Saban.

Tun Saban mempunyai tujuh orang anak iaitu Tun Kelawang, Tun Undan, Tun Dalap (perempuan), Tun Kelelang, Tun Belondi, Tun Merah (perempuan) yang menjadi gundik Sultan Muzaffar Shah iaitu Sultan Perak yang pertama dan yang bongsu bernama Tun Bongsu Bangsawan yang telah berkahwin dengan Megat Terawih.

Bagi mendapatkan sultan bagi negeri Perak yang pertama iaitu Sultan Muadzaffar Shah I (Putera Sultan Mahmud Shah dengan Puteri Onang Kening Anak Raja Kelantan), Tun Saban telah dipertanggungjawabkan untuk mendapatkannya.

Tun Saban meninggal dunia kerana terbunuh oleh Megat Terawih. Beliau telah dikebumikan di Changkat Perak. Tempat pengebumian Tun Saban dikenali juga keramat Tok Merah.

Memandangkan di Kroh belum lagi mempunyai sekolah menengah dan para pelajar yang memerlukan pelajaran semakin meningkat, satu cadangan telah dibuat oleh wakil UMNO iaitu Tn. Hj. Din bin Dahanam di Dewan Merdeka Lenggong. Kemudian cadangan telah diluluskan dan diberi nama sebagai kelas lanjutan yang beroperasi di Sekolah Kebangsaan Keroh (SKK). Menjelang tahun 1965, nama kelas ini ditukar kepada nama Sekolah Menengah Keroh hingga ke peringkat tingkatan tiga dalam aliran Melayu dan Inggeris.

Pada tahun 1963, kerajaan telah memperuntukkan sebidang tanah di Jalan Betong, tetapi tanah itu tidak begitu sesuai. Satu tapak baru telah dicadangkan di Jalan Tasek oleh Menteri Besar Perak. Bermulanya tahun baru maka bermulanya Sekolah Menengah Rendah Keroh yang baru. Guru besar pada ketika itu ialah En. Roslan Bin Ahmad. Semasa di bawah pentadbiran Guru Besar En. PGK Menon, nama sekolah ini telah ditukar kepada nama Sekolah Menengah Tun Saban. Nama ini diambil sempena nama pembesar yang telah mengasaskan sistem pemerintahan beraja di Hulu Perak. Beliau ialah anak kepada Bendahara Tun Perak.

No comments: