Melahirkan insan yang cemerlang dan berkualiti dari segi pencapaian kurikulum dan kokurikulum.
VISI
Menjadikan SMKTS komuniti berilmu yang cemerlang menjelang 2012.
MISI
Kami warga SMKTS akan memastikan pencapaian kurikulum, sukan serta kokurikulum sentiasa cemerlang, sahsiah dan disiplin pelajar yang terpuji di dalam persekitaran sekolah yang kondusif berteraskan pengurusan serta kepimpinan yang cekap dan tulus dalam usaha untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia.
PIAGAM
Sama-sama kita jadikan SMKTS ini sebagai pembentuk generasi yang dinamik, berilmu, beramal, beriman, berketrampilan dan berwawasan. Sama-sama kita bergerak maju untuk menjadi impian kita satu realiti yang membanggakan.
FALSAFAH
Pendidikan di SMKTS adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembang potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MOTO
Berusaha Berjaya
No comments:
Post a Comment