07 February 2011

KEJOHANAN LARIAN MSSD HULU PERAK


MRSM Pengkalan Hulu pada 22 Januari 2011 meriah dengan kehadiran guru dan atlet merentas desa dari semua sekolah Daerah Hulu Perak. Terdapat 4 kategori yang dipertandingkan iaitu L 18, L 15, P 18 dan P 15. Acara bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir dengan penyampaian hadiah pada pukul 1 petang.

Sekolah kita telah memperoleh kejayaan bagi kategori P18 iaitu Imara a/p Kamal ( Johan ), kategori L18 iaitu Yuvarajan a/l Ganason ( Naib Johan ) dan Mogan Raj a/l Muniandy ( Tempat Ketiga ). Atlet yang memenangi pertandingan iaitu kedudukan no 1 hingga no 8 bagi setiap kategori, mewakili daerah ke peringkat negeri yang berlangsung di Daerah Kerian. Seramai 5 orang atlet sekolah kita yang terlibat. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

No comments: