
Kegembiraan jelas terpancar di wajah pelajar pada
30 September 2010 apabila pihak sekolah mengadakan jamuan perpaduan bagi meraikan warga SMKTS dan ibu bapa pelajar. Para pelajar dan guru menggayakan pakaian tradisi seperti baju kurung, baju kebaya, sari, baju melayu, cheongsam dan sebagainya.
Jamuan dimulakan pada pukul 10 pagi. Pelbagai juadah disediakan seperti laksa, bihun goreng, lontong, nasi impit, lemang, rendang, aiskrim, nasi minyak, capati, agar-agar dan lain-lain. Jamuan ini merupakan
kerjasama PIBG.



No comments:
Post a Comment